Note: To post blogs from any email address, just email postblog@MuslimSocial.com. The email title and content will become your blog title and content showing up below. It's so simple.
Post blog by email now!

Jemputan dari saya

25-Oct-09 
Assalamualaikum,

Semua kawan-kawan dijemput berkunjumg ke blog baru saya: TAWAFANIMUSLIMIN

http://jiwafaham.blogspot.com/

Jumpa lagi.


JIKA ANDA ORANG YANG SUKA MEMUJI DIRI SENDIRI.. BACALAH..

30-Jan-08 

Telah diriwayatkan oleh Ibn Marduwaih:
Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri.

Terkesan dengan tarbiah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah berkata: Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli nera more...



If you probably aren't going to feel very friendly. If you are most likely to want to sequester yourself at home without seeing or speaking to anyone..

11-Dec-07 
Tunjangkanlah resahmu di dada solat,
himpunkan peritmu di genggaman doa,
tutupi kekecewaanmu dengan ketaqwaan dan
nilai kesucian hatimu dengan keikhlasan hati.
Wassalam


ERTI SAYANG SEORANG ANAK

04-Dec-07 
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

INILAH YANG DIMAKSUDKAN DOA ANAK YANG SOLEH tu...

Apa pandangan anda tentang tajuk ini ya..


It?s a nice sentiment..

04-Dec-07 
Who can find a virtuous wife?

She is more profitable than silver and yields better returns than gold.

It is a nice sentiment, but what do you do about it?

[SIAPA LA AKAN MENEMUI SEORANG ISTERI SOLEHAH? BUKAN LOGAM PERAK NILAIAN WANITA INI DAN TIDAK JUGA SETANDING DENGAN NILAI EMAS YANG DILABURKAN. SEBAGAI SATU PERTIMBANGAN ADIL, APA IKHTIAR ANDA UNTUK MEMILIKI WANITA SOLEHAH INI?]


MEMOHON MAAF MENJELANG RAMADHAN 1428H

10-Sep-07 
Assalamualaikum kawan-kawan semua serta adik-adik yang disayangi.

Agar Ramadhan kali ini dapat kita hiasi dengan cantik dan mengalir penuh keberkatan doa para Malaikat, saya terlebih dahulu MOHON MAAF jika saya berbuat kesilapan, baik yang tidak sengaja atau yang sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadat puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah SWT, insyaallah.

Putrajaya, Malaysia
29 Syaaban 1428H


RESEPI SEORANG AYAH

28-Aug-07 

BIHUN GORENG (Saya belajar dari ibu saya masa masih bersekolah lagi!)
Bahan-bahan :

1. Sepeket bihun cap jasmin / cap masjid / cap gajah ( Rendam hingga lembut )
2. Chap chai / sawi hijau ( ikut suka )
3. Garam (secukup rasa)
4. Air ( ikut lembab )
5. Minyak untuk menumis
6. Bahan perencah:
6.1 Ikan Bilis ( ikut suka: tumbuk / kisar)
6.2 Cili Padi / cili kering ( ikut suka: tumbuk / kisar )
6.3 Bawang Kecil ( 5 ulas: tumbuk / kisar )
6.4 Bawang Putih ( 2 ulas: tumbuk / kisar )

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua b more...



TIKA HUJAN SEDERAS RINDU ASAR BERTAMU

28-Aug-07 

Buat anakku
Nur Ramadhan

Hari ini
Sepuluh tahun genap usiamu
Telah laju berlari
Telah lincah bermain
Telah lancar mengeja kata

Di Putrajaya pejabatku
hujan turun basahi bumi
Sederas rindu ingin melihat wajah mungilmu
Mengenang tingkah lakumu yang lucu
berkurung kecil telekung munggil
gerak-geri santun ikut sembayang
ikut bersuara saat azan berkumandang
meski bunyi suara merdu jelas gemersik
alahai.. serasa badan ingin pulang tika waktu asar bertamu

Permataku
dari jauh kuhantar doa
semoga kini dan juga nanti more...



PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ PADA MALAM 27 REJAB

09-Aug-07 

SELAMAT menyambut Israk dan Mikraj pada semua kawan-kawan.

Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat (sangat pantas) Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.

Menurut beberapa riwayat peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda, ia berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasu more...



Tentang Sembahyang, Sedekah, Sabar dan Al-Quran

10-May-07 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:



Sembahyang itu cahaya keimanan kita.

Dan sedekah itu adalah sebagai suatu tanda.

Dan sabar itu umpama lampu suluh kita.

Dan al-Quran itu

menjadi hujah kepada dirimu atau ke atas dirimu.



AS-SALAA-TA NUU-RUL II-MAAN

WAS-SADA-QA-TU BUR-HAA-NUN

WAS-SAB-RU DHI-YAA-UN

WAL-QUR-AANU HUJ-JA-TUN LAKA AUW-LAKA

(Elok baca hari-hari)



Kawan-kawan.. dalam menyusuri kehidupan ini hari demi hari hinggalah usiaku menginjak ke angka 40an.. empat perkara more...



ORANG ISLAM MACAM ORANG KAFIR... BETUL KAH?

28-Jun-07 

Sekarang, ramai yang menganut Islam itu tidak menghayati ajaran Islam dan ada juga yang Murtad (memilih agama lain).



Mudahnya iman mereka goyah kerana godaan dan hasutan duniawi. Benarlah sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai, namun nilaian mereka hanyalah seperti BUIH DI LAUTAN yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.



Umat Islam mudah dipermainkan pihak musuh, suka bertelagah sama-sama Islam. Walau peluang untuk menghuni syurga Allah amat besar namun peluang itu tidak direbut oleh semua umat Islam.



Sebaliknya umat Islam sibuk berebut more...



MY CORNELIAN

27-Feb-07 

Bauhulu kuih traditional

Mangkuk timah penuh sarat

Kalau dahulu tidak kenal

Sekarang beramah semakin erat



Berikut ini adalah PERMATAKU (MY CORNELIAN) di MuslimSocial.com:



Hairudin , alya , fay , Nazzirruddin , afdzal , ali, Aneesa , apul , asbaidah , Azral , joe , sera , Ridwaan , siti , Tirana , Noorazman , redha , NORA , nora , ...



Mana jelatik mana undan

Dikata unggas dua kaki

Semua baik semua sopan

Minda cerdas dan hati suci



INFO: Untuk pengetahuan adik-adik semua UNGGAS iala more...



TIPS MENYEDIA MAKANAN & MINUMAN LEBIH CLASS DARI DI HOTEL 7 BINTANG!

18-Jun-07 

Perkara yang baik elok diajar agar lebih ramai lagi mengamalkannya. Tentu aruah abah (ayah) akan senyum bila ilmu yang saya warisi ini terus subur di khalayak saudara seagama.



Untuk kita kongsi sama-sama... Arwah ayah perturunkan tips tu: Jangan biarkan orang yang kita sayang (mak-ayah, pak mertua-mak mertua, suami/isteri, anak-anak, adik-beradik, sahabat-handai, jiran tetangga) dan tetamu kita dalam keadaan lapar-dahaga di rumah kita.



Dalam hal kita bersuami-isteri, tak kisahlah suami ke, isteri ke, bila nampak teman hidup kita letih tu pergilah ke dapur buat more...



Tentang Benteng Iman

27-May-07 

Sifat malu (HAYA') adalah benteng iman. Jika kita ada rasa malu kepada Allah, pada manusia dan pada diri sendiri, maka kita terhalang daripada menjatuhkan maruah diri dengan perlakuan maksiat baik secara terbuka atau secara tersembunyi. Sifat malu itulah yang menjadi benteng menghalang daripada suasana persekitaran yang merosakkan iman.



Menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita adalah cara memupuk sifat malu. Apa sahaja yang kita lakukan mesti dibenteng dengan sifat malu. Kita perlu meletakkan batas dalam minda kita diikuti dengan perbuatan yang mengukuhkan komitmen (rasa tang more...



CUKUP 1% SAHAJA? TAK MAHU 99% ? BIAR BETUL...

19-Mar-07 

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: 'Allah SWT memiliki seratus rahmat. Satu di antaranya diturunkan untuk sekalian makhluk hingga mereka berkasih-kasihan sesama mereka. Sembilan puluh sembilan lagi disimpan untuk hari kiamat.' (Riwayat Muslim)



Kerana 1% rahmat Allah SWT diturunkan ke atas dunia ini maka seorang suami begitu sayang pada isteri dan isteri juga menyayangi suaminya. Anak yang salih rela menanggung susah menjaga kedua ibu bapa juga kerana 1% rahmat Allah SWT. Kita mahu berkorban untuk mengikat tali persaudaraan dengan jiran tetangga, saudara mara dan sahabat sepe more...



AKIBAT TERINGIN SANGAT

20-Mar-07 

GENDANG GENDUT

TALI KECAPI

KENYANG PERUT

SUKA HATI...HAHAHHAHAHA



Menurut Saidina Umar: 'Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk.'



Berhubung hal ini Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: 'Tidak ada bekas lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan y more...



RAHSIA MENGENALI LELAKI

18-Mar-07 

Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Bulan Kelahiran



Yang mana misal tebal?

Yang mana misai nipis?

Yang mana badan gempal?

Yang mana perut kempis?

Yang mana paling handsom?

Yang mana paling manis?

Semuanya hebat belaka... mana yang patut saya pilih ya....



Sebagai lelaki anda kurang pasti mengenai diri/peribadi sendiri. Rakan di sekeliling yang ikhlas akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kekurangan diri anda. Namun makluman rakan kurang memuaskan hati. Berikut ialah beberapa perkara berkaitan dengan keperibadian se more...



KERANA SANGAT MENYINTAI SAHABAT

06-Mar-07 

Diriwayatkan: pada suatu hari Umar bin Khattab r.a. pergi mengadukan Ali bin Abi Talib r.a. kepada Rasulullah SAW. Katanya, 'Ya Rasulullah, Ali tidak pernah memulai mengucapkan salam kepadaku..'



Mendengar pengaduan itu Rasulullah segera memanggil Ali r.a. lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, 'Ali, benarkah engkau tidak pernah memberikan salam terlebih dahulu kepada Umar?'



Ali bin Abi Talib r.a. menjawab, 'Ya Rasulullah. Hal ini aku lakukan juga kerana ucapan Rasulullah yang mengatakan: 'Siapa yang mendahului saudaranya mengucapkan salam, Allah akan mendirik more...



DARA DAN BUJANG SUNTI SEPATUTNYA...

05-Mar-07 

Sebenarnya usia remaja itu sangat penting. Seharusnya ia dihabiskan bagi menimba ilmu pengetahuan, mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam apa jua bidang. Jangan ambil kesempatan atas 'kelemahan akal kanak-kanak' untuk terus berbuat silap.



Al-Quran banyak menunjukkan contoh anak muda soleh menjaga kehormatan diri seperti Nabi Yusuf tidak terpengaruh dengan godaan Zulaika seorang wanita cantik. (Surah Yusuf ayat 23, 32 dan 33). Malah, al-Quran menunjukkan bagaimana sepatutnya anak remaja diasuh dan diajar adab sopan mereka.



Diakui wujudnya keruntuhan akhlak d more...



HI.. REMAJA LELAKI MENGALAMI PEMBESARAN BUAH DADA LA...

05-Mar-07 

Inilah maklumat yang saya perolehi daripada sumber



Susu yang dikeluarkan di beberapa buah Negara Maju dihasilkan oleh lembu yang disuntik hormon sintetik yang diharamkan di kebanyakan negara lain.



Penggunaan hormon itu dikatakan antara penyebab remaja wanita di negara maju terbabit mempunyai pembesaran buah dada pada usia yang muda dan turut dialami oleh remaja lelaki!



Hormon itu juga turut meningkatkan kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser prostate.



DI MALAYSIA SENDIRI PUN SAYA PERNAH NAMPAK LELAKI MEMPUNYAI BUAH more...